Ahad, 6 Jun 2010

Pertandingan Bola Sepak Anjuran Pergerakan Puteri UMNO Silam.

Lahad Datu - Sebanyak 45 pasukan merebut Piala Ketua Pergerakan Puteri UMNO Silam Puan. Mizmah Afedullah sempena kejohanan Bola Sepak 9 sebelah yang diadakan di padang bandaran Daerah Lahad Datu yang dirasmikan oleh YB Mejar ( K ) Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said Ahli Dewan Undangan N49 Tungku merangkap Presiden Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah dan Ahli Lembaga Pengarah Felda.

Saya percaya di di kawasan bahagian Silam ini ramai yang berkebolehan dalam sukan Bola Sepak, oleh yang demikian dengan adanya penganjuran sebegini, maka dapatlah belia dan pemuda menonjolkan bakat masing-masing. YB Datuk Suhaili turut melahirkan rasa gembira dengan penyertaan yang begitu banyak pasukan bola sepak, dan ini sudah tentu dapat menghimpunkan para belia dan mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan peserta.

Antara pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut


Katanya lagi, penganjuran kejohanan yang julung-julung kalinya diadakan ini dapat mencungkil bakat para pemain yang boleh diketengahkan. Pendekatan sebegini akan dapat mengurangkan gejala yang kurang sihat di kalangan belia masa kini, jelasnya dan berharap para belia yang menyertai pertandingan tersebut bermain dengan bersungguh-sungguh di samping menanamkan semangat kesukanan dalam diri masing-masing.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku Datu Baniamin Datu Jamaluddin, Pegawai Kemajuan Masyarakat N50 Lahad Datu En. Amat Kawoh, AJK Pergerakan Puteri Umno Silam dan pemimpin-pemimpin UMNO bahagian Silam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan