Selasa, 27 Julai 2010

Lebih banyak pembangunan di Sabah

YB Datuk Suhaili menerima cenderahati dari Ketua Puteri
Tungku - Barisan Nasional (BN) perlu dikekalkan di Sabah bagi membolehkan lebih banyak pembangunan disalurkan khususnya di kawasan luar bandar negeri ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) N49 Tungku, Datuk Ustaz Mohd Suhaili Hj. Said percaya kawasan luar bandar seperti di pantai timur umpamanya akan menerima lebih banyak pembangunan bukan sahaja dari segi kemudahan prasarana dan infrastruktur tetapi peluang perniagaan berasaskan pertanian menjadi agenda utama.

Beliau berkata, kerajaan BN sentiasa merancang untuk memastikan penduduk luar bandar yang memiliki tanah dapat mengusahakannya kerana pelbagai peluang sentiasa diberikan bagi membolehkan mereka menjadi pekebun mahupun penternak.

Katanya, sejak mengambilalih pemerintahan pada tahun 1994 perubahan demi perubahan telah dapat disaksikan kerana kerajaan BN berpegang teguh pada janjinya.

Suhaili bersama-sama penduduk Kg. Silabukan menjamu selera
" Kita lihat ramai penduduk di luar bandar sudah berjaya menjadi pekebun dan penternak kerana kerajaan BN sentiasa memberi peluang terutama kepada mereka yang ada keinginan untuk memajukan diri, " jelasnya semasa berucap merasmikan penutupan Program Semai Bakti peringkat 2, Rancangan Silabukan kira-kira 26 kilometer dari bandar Lahad Datu.

Program dua hari anjuran Pergerakan Puteri Umno Bahagian Silam itu turut mendapat kerjasama Kementerian Belia dan Sukan serta Yayasan Sabah ( YS ).
Jesteru itu kata Suhaili rakyat akan rugi sekiranya peluang yang diberikan tidak direbut sedangkan pelbagai peluang ditawarkan.

Peluang itu, katanya termasuklah kursus-kursus menternak binatang seperti lembu, kambing dan ayam manakala kursus melibatkan kepimpinan turut dilaksanakan kerana parti BN bertunjangkan Umno ini sentiasa menitikberatkan ilmu pengetahuan kepada setiap ahlinya.

" Sebab itulah saya berkali-kali menegaskan sejak kerajaan BN memerintah Sabah ini, kita bukan sahaja melihat kerancakan pembangunan bandar dan di luar bandar bahkan pelbagai peluang diberikan.

" Peluang itu, seperti saya nyatakan tadi dan adalah amat merugikan sekiranya seseorang itu leka dan tidak merebut peluang yang terbuka luas."
Saya nasihatkan di sini khususnya penduduk Silabukan yang menjadi kubu kuat kepada B agar jangan segan silu rebutlah peluang yang ditawarkan.

" Saya berbangga bila melawat Silabukan apa yang saya dapat saksikan tanah yang sudah diusahakan dengan pelbagai tanaman...ini satu perkembangan bak bagi pembangunan kawasan ini " kata Suhaili sambil diberikan tepukan gemuruh.

Dalam hubungan ini, Suhaili mengingatkan penduduk setempat agar jangan mudah terpengarauh dengan dakyah pembangkang kerana mereka tdak akan mampu membawa pembangunan.

Ini kerana, katanya sudah terbukti pembangkang tidak akan mampu membawa pembangunan jika dibandingkan dengan BN yang gah di sisi masyarakat pelbagai kaum.

Katanya, BN adalah sebuah parti terbaik kerana keprihatinannya dalam membela rakyat membolehkan parti terbesar di Malaysia ini terus mendapat kepercayaan memerintah negara semenjak mencapai kemerdekaan pada tahu 1957.

Tambahnya, kepercayaan ini disebabkan kepimpinan ikhlas para pemimpin BN yang mengambil iktibar dari kemelut penjajahan.
Sebab itu, kita dapat menikmati kehidupan yang aman dan damai kerana pemimpin negara ini telah bertungkus-lumus untuk mempastikan rakyat jelata hidup harmoni.

" Oleh itu, jadikanlah keharmonian ini sebagai jambatan untuk rakyat terus bersatu dibawah panji kerajaan BN, " ujar Suhaili yang juga Presiden Majlis Hal-Ehwal Anak Negeri Sabah.

Sehubungan itu, beliau menasihati rakyat di kawasan tersebut agar menolak parti pembangkang yang cuba meraih simpati menjelang pilhanraya akan datang.

Tegas beliau, pembangkang tidak akan dapat berbuat apa-apa apatah lag memberi pembangunan kepada penduduk Silabukan.

Dalam hubungan ini, beliau mahu cawangan-cawangan Umno di Kampung berkenaan mengukuhkan kekuatan dan menambah ahli dari semasa ke semasa.

Penduduk Kg. Silabukan yang hadir pada majlis tersebut
Beliau yakin kekuatan Umno terus mantap dan tidak mudah diganggu-gugat sekiranya pemimpin cawangan sentiasa mengukuhkan cawangan masing-masing.

Mengenai program itu, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Puteri Umno Silam iaitu Puan. Mizmah Appehdula atas inisiatifnya menganjurkan Program Semai Bakti di kampung tersebut.

Menurutnya, selain memupuk nilai-nilai murni di kalangan belia dan beliawanis kerana pengisian program lebih banyak pada penghayatan tetapi mendekatkan lagi Puteri Umno yang menjadi sayap utama parti terhadap penduduk kampung.

Suhalili berharap Puteri Umno Silam agar meneruskan program seumpama itu yang dilihat amat berjaya dalam konteks mendekati rakyat akar umbi.

Program ini juga diserikan dengan penyerahan anak angkat kepada keluarga angkat masing-masing itu turut menobatkan Ridjwan Ibrahim dan Nurul Azwani Abdullah sebagai penerima Anugerah Belia dan Beliawanis contoh sempena program ini.

Hadir sama Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Tungku, Datu Baniamin Datu Jamaluddin, PKR N50 Lahad Datu En. Aljan Johny merangkap setiausaha Umno Silam, Wakil kepada Ketua Pentadbir Zon Pantai Timur Selatan YS, En. Aisal Mali, Pegawai Jabatan Belia dan Sukan, Ramis Yusof dan Pemaju Mukim Silabukan merangkap AJK Umno Bahagian Silam En. Abd Hadji Asari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan