Rabu, 13 Januari 2010

Guru Besar SK Sri Pantai terharu dengan keprihatian Ketua Puteri Umno Silam


Syukur alhamdulillah, itulah ucapan yang pertama diucapkan oleh Guru Besar SK Sri Pantai, Cikgu Hj. Rajid Hj Abd Rashid bila sekali lagi menerima kunjungi daripada Ketua Puteri Umno Silam Puan. Mizmah Afedullah yang begitu prihatin kepada mangsa-mangsa kebakaran di SK Sri Pantai dan seterusnya menyampaikan sumbangan berupa kelengkapan alat tulis dan beg sekolah.

Menurut Cikgu Rajid, beliau begitu terharu kerana pemimpin di semua peringkat di Parlimen Silam, begitu prihatin terhadap guru-guru dan pelajar yang terlibat dengan kebakaran bangunan asrama. Kami amat berterima kasih atas sumbangan yang telah diberikan oleh Ketua Puteri Umno Silam ini dan sudah tentu ianya meringankan beban guru-guru dan pelajar. Ini membuktikan bahawa kepimpinan yang ada pada hari ini, mempunyai komitmen dan komited dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pucuk pimpinan.

Sebelum itu, pada 9hb. Januari. 2010, Puan Mizmah telah mengadakan lawatan mengejut ke asrama SK Sri Pantai untuk melihat sendiri keadaan mangsa-mangsa kebakaran dan seterusnya menyampaikan sumbangan berupa barang makanan asas. Puan Mizmah berharap agar guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat dengan bencana kebakaran dapat bersabar dan beliau akan berusaha menghubungi bahagian pembangunan Kementerian Pendidikan, agar asrama baru  dipercepatkan pembinaanya bagi kemudahan pelajar yang tinggal berjauhan daripada sekolah.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid dan 2 Ahli Jawatan Kuasa Puteri Umno Silam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan