Rabu, 13 Januari 2010

Guru Besar SK Sri Pantai terharu dengan keprihatian Ketua Puteri Umno Silam


Syukur alhamdulillah, itulah ucapan yang pertama diucapkan oleh Guru Besar SK Sri Pantai, Cikgu Hj. Rajid Hj Abd Rashid bila sekali lagi menerima kunjungi daripada Ketua Puteri Umno Silam Puan. Mizmah Afedullah yang begitu prihatin kepada mangsa-mangsa kebakaran di SK Sri Pantai dan seterusnya menyampaikan sumbangan berupa kelengkapan alat tulis dan beg sekolah.

Menurut Cikgu Rajid, beliau begitu terharu kerana pemimpin di semua peringkat di Parlimen Silam, begitu prihatin terhadap guru-guru dan pelajar yang terlibat dengan kebakaran bangunan asrama. Kami amat berterima kasih atas sumbangan yang telah diberikan oleh Ketua Puteri Umno Silam ini dan sudah tentu ianya meringankan beban guru-guru dan pelajar. Ini membuktikan bahawa kepimpinan yang ada pada hari ini, mempunyai komitmen dan komited dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pucuk pimpinan.

Sebelum itu, pada 9hb. Januari. 2010, Puan Mizmah telah mengadakan lawatan mengejut ke asrama SK Sri Pantai untuk melihat sendiri keadaan mangsa-mangsa kebakaran dan seterusnya menyampaikan sumbangan berupa barang makanan asas. Puan Mizmah berharap agar guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat dengan bencana kebakaran dapat bersabar dan beliau akan berusaha menghubungi bahagian pembangunan Kementerian Pendidikan, agar asrama baru  dipercepatkan pembinaanya bagi kemudahan pelajar yang tinggal berjauhan daripada sekolah.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid dan 2 Ahli Jawatan Kuasa Puteri Umno Silam.

Sabtu, 9 Januari 2010

Ketua Puteri Umno Silam Turun Padang meninjau mangsa kebakaran di SK Sri Pantai


Ketua Puteri Umno Silam menyerahkan bantuan kepada salah seorang mangsa kebakaran, Turut hadir wakil pegawai Pelajaran Daerah Lahad Datu, Hj. Abdul Using dan Guru Besar SK Sri Pantai En. Hj. Rajid Ab Rashid.

Tungku – Ketua Puteri Umno P188 Silam Puan. Mizmah Apedulah bersama Pemimpin Kemajuan Rakyat N49 Datu Baniamin Datu Jamaluddin Tungku turun padang bagi meninjau dan berjumpa dengan mangsa kebakaran di asrama Sekolah Kebangsaan Sri Pantai, Kg. Makuao dekat sini semalam.

Mizmah berkata, adalah menjadi tanggungjawab sebagai seorang pemimpin turun padang bagi meihat dan berjumpa dengan rakyat lebih-lebih lagi dalam keadaan rakyat ditimpa musibah seperti yang berlaku di SK Sri Pantai ini. Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mendampingi rakyat bagi memahami masalah yang dihadapi dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut tanpa perbezaan fahaman politik dan kaum. Beliau turut menyumbangkan barang keperluan asas seperti dapur memasak, beras, minyak masak, gula, telor, dan kuih.

Menurut pihak Bomba, kebakaran tersebut adalah disebabkan oleh litar pintas pendawaian di bangunan asrama. Bomba juga mengesahkan bahawa tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Oleh kerana Bomba belum ada di kawasan Tungku, Puan. Mizmah akan berusaha untuk memohon kepada pihak kerajaan agar dibina dan di tempatkan Bomba di kawasan Tungku. Ini adalah salah satu untuk menyakinkan rakyat bahawa kerajaan amat komited dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, katanya pada majlis penyerahan bantuan kepada mangsa kebakaran di sekolah kebangsaan Sri Pantai, Makuao.

Turut hadir pada penyerahan tersebut ialah wakil pegawai pelajaran Daerah Lahad Datu, Hj. Abdul Using, Guru Besar SK Sri Pantai En. Hj. Rajid Ab Rashid, Pegawai Kemajuan Masyarakat N59 Tungku En. Kamarudin Hj. Hamid, Penyelia Kemajuan Masyarakat N49 Tungku En. Abd Majid Alam dan ketua kampung Makuao En. Ismail Usman.